Institut Semarak Felda (ISEF) merupakan destinasi latihan bagi para petugas FELDA dan pelanggan utamanya ialah para pegawai dan personel dalam jabatan. ISEF juga menjadi pilihan pelanggan luar yang  dapat menikmati keselesaan penginapan dan fasiliti mesyuarat yang disediakan dengan suasana yang tenang, jauh dari kesibukan kota raya menjadikannya tempat yang paling sesuai untuk sesi percambahan fikiran, mesyuarat, perbincangan, persidangan atau pembelajaran. 

Bangunan asal ISEF sekarang telah diambil alih dari pengurusan Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang telah berpindah ke bangunan baharu, di mana semua blok di dalam premis ini telah dibina pada tahun 1984 di atas tanah yang berkeluasan 19.5 hektar. ISEF telah mula beroperasi pada bulan November 2014 dengan kekuatan 8 orang petugas di pejabat yang menguruskan program-program dengan dibantu oleh team Pengurusan Majlis, Pengurusan hotel dan Katering.

Terdapat beberapa buah bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran, Blok-blok Latihan, Blok Penginapan, Blok-blok asrama pelajar, Kuarters Petugas, Dewan Serbaguna, Dewan Auditorium, Padang Bola, Gelanggang Futsal, Tenis dan Bola Tampar telah digunakan bagi menjalankan sebarang Kursus, mesyuarat, Bengkel, Perbincangan, Majlis Perkahwinan dan Aktiviti Sukan.

Bangunan ISEF pada masa kini diselenggara dengan bantuan Team Teknikal, Polis bantuan dan Khidmat makan minum dari FELDA D’Saji bagi melancarkan perjalanan setiap program yang dirancang. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami di sini.