Visi ISEF

Peneraju dinamik di bidang penawaran latihan, acara dan fasiliti.

Misi ISEF

1. Meningkatkan Pengetahuan, Kemahiran dan Kompetensi Pegawai dan kakitangan sokongan mengikut jawatan.

Pembangunan modal insan merupakan salah satu peranan yang dimainkan oleh Unit Latihan Pengurusan Institut Semarak FELDA. Sumber yang sedia ada perlulah seorang yang berpengetahuan, berkemahiran, kompeten dan mempunyai nilai-nilai postif dalam melaksanakan tugas. Tumpuan akan diberikan kepada petugas mengikut jawatan yang kurang kompeten, yang sederhana dan yang baik supaya menjadi cemerlang.

2. Menyediakan Budaya Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Menyediakan peluang kepada petugas melalui kursus jangka pendek dan jangka panjang. Ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengikut bidang-bidang yang diperlukan untuk mencapai tranformasi.

3. Menerap Budaya Kerja Berprestasi Tinggi.

Menyediakan peluang kepada petugas melalui kursus jangka pendek dan jangka panjang. Ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mengikut bidang-bidang yang diperlukan untuk mencapai tranformasi.

4. Menyediakan Kemudahan Latihan Yang Selesa dan Efisien.

Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan seperti bilik seminar, penginapan dan kelengkapan kursus yang selesa bagi melancarkan sesi latihan yang dijalankan.

Visi Unit Latihan FELDA

Visi Unit Latihan Felda ialah melahirkan tenaga kerja yang cemerlang dalam prestasi kerja dan kualiti peribadi.